Monday, March 14, 2011

Solusi 29 Mencipta Syurga Rumahtangga

Assalamualaikum. Lama rasanye tak update blog ni...kekangan masa dek lambakan kerja, teramat letih selepas pulang dari ofis. Malam hari berat betul rasa nak on laptop...sampai hari ini belum sempat nk edar majalah SOLUSI yg terbaru pada rakan2. Insyaallah esok hari, akan dilunaskan hutang tersebut :)

Kebelakangan ni banyak betul cabaran yg mendatang. Belum lepas selesai satu hal, dtg pula hal lain..dlm kepala ni terasa seribu satu perkara yg perlu dilakukan..sampai satu masa segala yg dirancang tidak dpt dilaksanakan sepenuhnya, berhenti di pertengahan jalan kerana pihak lain yg secara tiba2 memberi arahan yg sebaliknya..

Cukuplah setakat itu sesi luahan perasaan :) semua yg berlaku ada hikmahnya. Serahkan sahaja pada Allah dlm soal penentuan. Usaha yg terbaik telah dicurahkan, kini iringan doa serta tawakkal dipanjatkan. Allah maha adil dan Dia yg mengetahui yg terbaik untuk hamba2Nya.

SOLUSI kali ini byk berkisar tentang soal jodoh dan cinta..cinta pada yg Satu, cinta selepas rumah tangga (bagus utk sy yg baru setahun jagung mendirikan perkahwinan ;p) dan tips2 mencari jodoh!

Ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah-gulana. Resah melanda. Apa yg dibuat serba tak kena. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika org tahu tindakan yg pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dgn kegelapan. Hati menjuih tatkala mendengar kebenaran. Aduhai hati, takutlah pada syirik cinta! Jgn tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tidak sanggup memiliki hati yg mati!
Sy juga amat tertarik dgn tajuk 'ibadah belum matang' dan 'penyejuk marah'. Yg lain2 pun best! tapi x sempat baca habis lagi.. ;p So belilah ye kawan2, x rugi~~


Penulis : Mix Artis
Kod Katalog : TBMJ1029
Harga : RM9.00, CP : 3

Dapatkan segera Majalah Solusi Keluaran Terbaru, MENCIPTA SYURGA RUMAH TANGGA, Isu 29 .
Rumah tangga yang aman damai, penuh kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga.

Wednesday, January 26, 2011

SOLUSI 28 Tanpa Akhlak Rosak Ibadah

Assalamualaikum..SOLUSI keluaran Feb 2011 kini berada di pasaran dengan tajuk yang tertera di atas..bila membaca tajuk, teringat sebelum ini pernah sy bertanyakan soalan kepada salah seorang sahabat baik,
'macam mana ada org yg selalu saja melakukan ibadat, lebih rajin membaca al-quran berbanding yg lain, tapi kerap sahaja kata2nya menyakitkan hati org lain. Tingkah-lakunya tidak matang dan mementingkan diri sendiri hingga membelakangi org lain..bukankah org yg dekat dgn Allah itu akan dekat dgn manusia juga?'.

Jawapan yg diterima amat unik.
'hubungan dgn manusia ni umpama paksi horizontal dan hubungan dengan Allah itu umpama paksi vertikal yg mana ia tidak berkadar langsung..' hehe..terpengaruh dgn ayat2 engineering, kami mengulas hanya berpandukan akal semata.

Mari kita lihat ulasan yg tentunya lebih baik dari para ilmuan dalam SOLUSI kali ini..tentunya boleh membantu persoalan sy dahulu :)



Penulis : Mix Artis
Kod Katalog : TBMJ1028
Harga : RM9.00, CP : 3

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar". (Riwayat Ibn Majah)

Jawapan itu semua ada terkandung didalam majalah ini. Nantikan keluarannya bertajuk Tanpa Akhlak Rosak Ibadah - Isu 28. Nantikan dipasaran.

Thursday, January 20, 2011

Solat kita ni khusyuk ke tidak?

Salam semua..

'sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar'...pernahkah terlintas di hati kita, aku menunaikan solat cukup 5 waktu tp kenapa asyik saja dengki pada org lain, slalu saja mengutuk org2 yg tidak kita sukai, masih lagi susah nk menutup aurat, dan lain2 lagi. Adakah solat kita sia2? Allah yg menilai..kenapa pada perkara lain kita boleh buat yg terbaik, tetapi solat main ikut dan je? padahal Allah lah Tuan kita yg paling patut kita patuhi dan takuti? Dok kejar KPI..KPI sebagai hamba Allah macam mana?..(muhasabah diri sendiri)..

Jom sama2 perbaiki solat kita!! :)



Penulis : Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kod Buku : KPBK1009
Kod ISBN : 978-983-44746-4-5
Harga : RM22.00, CP : 7

Buku ini amat sesuai untuk ummah yang sudah yakin bahawa solat adalah sarat dengan hikmah dan rahmah. Betapapun mereka mengakuinya, tetapi dilema yang sering melanda apabila mereka masih tidak atau belum lagi merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani justeru masih ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan 'bahagia' solatnya itu dengan kewujudan diri. Akhirnya, solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah persuaan waktu yang tidak menemui kebahagiaan dengan kediriannya. Jika solat dan tuannya itu umpama sepasang kekasih, maka buku ini akan cuba mempertemukan pasangan yang selama ini bertemu dan melepaskan rindu tetapi rindunya itu sering tidak kesampaian. Ia bertepuk sebelah tangan di sejadah kaku yang tidak terjawab.
Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?

Monday, December 27, 2010

SOLUSI 27 'di sebalik pesan TAQWA' kini sudah berada di pasaran!!!

Salam semua..SOLUSI kali ini tampil dgn tajuk 'di sebalik pesan TAKWA', tentunya mengetuk pintu hati kita terutamanya kaum adam yg secara mingguan menghadiri khutbah..ITTAQULLAH..kata2 ni setiap kali khutbah jumaat menjadi rukun untuk dilafazkan oleh khatib, tetapi gentarkah hati kita tatkala mendengar seruan ini? takutkah kita pada Allah? mari kita singkap huraian di sebalik TAKWA melalui pembacaan SOLUSI pada kali ini.. :)

Yg berada di Kemaman dan Dungun, sila SMS/email sy utk dapatkn SOLUSI terus ke rumah anda!!

Penulis : Mix Artis
Kod Katalog : TBMJ1027
Harga : RM9.00, CP : 3

Monday, December 13, 2010

Perihal wanita~

Salam semua..diharap anda semua sihat di dalam lindunganNya. Sy baru saja terlibat dgn khemah ibadah utk pelajar sekolah rendah pada hujung minggu yg lalu. Terdapat beberapa peserta perempuan yg baru saja baligh, mereka nampak agak tidak selesa dan masih kurang matang.. Sempat juga sy memberi nasihat tentang perlunya menjaga kebersihan sewaktu haid dan tanggungjawab selepas akil baligh. Posting kali ini sy nk share 2 buah buku yg amat membantu seorang wanita, mungkin ibu, bakal ibu, atau para remaja. Boleh dihadiahkan kepada anak ataupun rakan :)


Penulis : Profesor Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi
Kod Buku : TBBK1175
Kod ISBN : 978-967-388-009-6
Harga : RM20.00, CP : 6

Wanita mencapai akli baligh lebih awal berbanding lelaki dan biasanya mula mengenali seksualiti melalui rakan rapat. Mereka hanya akan mendapat pendedahan yang terkawal tentang ilmu seks jika melalui pendidikan agama yang teratur. Ketika itu mereka perlu menjaga tingkah laku dan berkelakuan tertib mengikut tatacara yang diaturkan kepada mereka, maka tidak mustahil mereka akan berkelakuan liar sukar dikawal.

Mengapa anda harus memiliki buku ini?
  • Penerangan secara lengkap berserta hujah saintifik memudahkan  pemahaman pembaca.
  • Penyampaian secara separa santai
  • Info syariah sebagai pelengkap maklumat menurut Islam
  • Ilustrasi menarik dan sinis mampu merehatkan minda
  • Reka bentuk yang menarik
  • Jadikan buku ini bahan bacaan anda, anak-anak dan bahan bantu mengajar di sekolah.
Penulis : Khairun Nisa Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria & Khulwana Hanapi
Kod Buku : TBBK1169
Kod ISBN : 978-967-388-010-2
Harga : RM26.00, CP : 8

DIARI HAMIL ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir. Semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah merancang, anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang. Gunakanlah buku ini.

Bagaimana menggunakan buku ini.
  • Buku ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.
  • Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
  • Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
  • Hadiah kepada isteri tersayang.
  • Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.

Saturday, December 4, 2010

Hijrah..

Assalamualaikum..hampir saja kita melangkah ke tahun baru hijrah 1432. Kali ni sy nk propose 1 buku yg best utk dibaca sebagai contoh HIJRAH di zaman ini..

Penulis : Hermawan Aksan
Kod Buku : TBBK1168
Kod ISBN : 978-967-388-001-0
Harga : RM20.00, CP : 6

FROM CAT STEVENTS TO YUSUF ISLAM menelurusi liku-liku kehidupan awal Cat Stevens mengharungi dunia kemasyhuran dan kekayaan sebagai penyanyi pop dalam mencari kebenaran untuk kembali kepada fitrah hatinya. Dan dia bertemu Islam setelah mengharungi pelbagai cubaan, dugaan dan cabaran. Akhirnya dia menjadi pejuang agama yang berjuang dengan mendidik diri dan keluarganya, membina sekolah Islam dalam misi pendidikan, mengutus misi kemanusiaan sejagat, malah mengungguli kehidupan total sebagai seorang Islam dalam segenap aspek kehidupannya.


Friday, November 26, 2010

SOLUSI#26 Apakah nilai anda?

Assalamualaikum..
Solusi edisi#26 sudah pun terbit. Kali ini dengan muka depan yg bertajuk Apakah Nilai Anda? Tentunya di tengah keserabutan kerja dan masalah peribadi yg pelbagai, terkadang kita  terfikir, apakah tujuan aku hidup di dunia? Apakah yg aku inginkan? Edisi kali ini akan mengupas perkara ini dan tentunya menolong kita untuk menjawab persoalan2 td. Jejom beli SOLUSI, jamin x rugi!!! :)

Penulis : Mix Artis
Kod Katalog : TBMJ1026
Harga : RM9.00, CP : 3